Resepi Masakan Biskut Nasi Kuih
Blackberry Cheesecake
Bahan-bahan
Untuk Base:
1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik
Untuk Filling:
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telor
150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W); ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)
Cara
Biar semua bahan pada suhu bilik
Panaskan oven pada suhu 180C.
Cara Untuk Base:
Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus.
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap.
Bakar base selama 7 minit. Ketepikan. Resepi Masakan Biskut Nasi Kuih
Cara Untuk Filling:
Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit.
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil.
Masukkan te**r satu persatu.
Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati.
Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan.
Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.
Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.
Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk.
Notes
Cadangan Hidangan:
Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata.
French Toast Sandwich
Bahan-bahan:
2 keping roti sandwich
1 butir telor – dibancuh dengan sedikit susu
2 sudu makan mentega kacang
1 keping keju
2 sudu makan sirap maple
sedikit buah-buahan untuk hiasan
Cara membuat :
- Sapukan mentega kacang pada roti, letakkan keju di tengah-tengah dan lapiskan dengan
roti kedua. Kemudian buang kulit roti dan potong kepada empat bahagian.
- Celup roti pada bancuhan telor dan masak atas kuali leper yang panas dengan sedikit
minyak.
- Setelah dimasak, hidangkan di atas pinggan dan hiaskan dengan buah-buahan segar di
atasnya. Tuangkan juga sirap maple di atasnya dan hidang ketika masih panas.
* Selain dimasak atas kuali leper, anda juga boleh menggunakan ketuhar untuk
membakarnya.