Cara Yang Bagus Dapat Gadis Dengan Cara Psikologi

Keburukan 3d Di Terangkan Pengarah Antarabangsa










KETIKA bertemu pengarah filem animasi terkenal Cars, John Lesseter di Hotel Beverly Hilton, Hollywood pada 2007, dia berkata kepada saya, teknologi secanggih mana pun tidak akan berguna kalau tidak ada pakar yang mampu mengendalikannya. 

Jelas sekali maksud pengarah berbadan gempal itu bahawa kepakaran minda dan skil manusialah juga yang menjadi injap untuk menggerakkan segala mesin dan inovasi yang mampu dicipta. Manusia adalah 'mastermind' dengan ilmu yang dikurniakan Tuhan. 
Maknanya juga 
Keburukan 3d Di Terangkan Pengarah Antarabangsa
, kalau Nasa mampu membina roket terpantas ke bulan mahupun Kejora, masih perlu ada manusia mengemudikannya atau setidak-tidaknya, dikawal daripada mana-mana stesen angkasa. 
Bercakap soal kepakaran dalam filem juga, Hollywood sentiasa mahu ke garisan penamat depan berbanding orang lain. Dengan melahir dan mengetengahkan kelompok cerdik pandai atau genius dalam dunia filem, kita sentiasa melihat Hollywood mampu melahirkan karya yang membuatkan orang berbisik "Wow..." Daripada filem animasi konvensional 2-D seperti The Sleeping Beauty dan Snow White dulu, kini kita sudah mampu melihat karya yang lebih hebat dari segi visual dan 'depth' (kedalaman) yakni filem berbentuk 3-D.
Dewasa ini, filem yang menjadi bualan tentulah karya seperti Avatar, How To Train Your Dragon, Alice in Wonderland dan Clash of the Titans. Membelek-belek Newsweek, baru-baru ini, saya amat tertarik dengan paparan muka depannya yang menyentuh mengenai risiko dan bahayanya teknologi filem 3-D, tulisan orang mereka sendiri, pengkritik filem dari Chicago Sun-Times, Roger Ebert.
Katanya, selepas kejayaan Avatar terutamanya, ia mencetuskan perlumbaan baru di kalangan pembikin filem di sana untuk menghasilkan lebih banyak filem 3-D selepas ini. Soal Ebert, perlukah lebih banyak filem 3-D? Malah, dia hairan kenapa Clash of the Titans yang asalnya hanya filem normal 'digubah' menjadi bentuk 3-D semata-mata mahu meraih lebih keuntungan. Namun, dia tetap mengagumi James Cameron yang dianggap sangat hebat dalam meneroka inovasi filem. Kata Ebert, dari segi psikologi dan imaginasi, setiap kali kita menonton filem biasa (2-D), minda dan otak manusia secara semula jadi akan menerima apa yang ditatap itu sebagai 3-D. Jarak, kedalaman serta perspektif dalam filem 2-D sudah cukup memadai dan dari situlah sudah dinobatkan banyak filem terbaik.
Sebaliknya, filem berlabel 3-D walaupun lebih unik dan mempesonakan, 'terlalu berusaha' sangat untuk menonjolkan kepada mata kita bahawa segala-galanya perlu tampak 'sempurna' dan jelas. Namun, ia kena disokong dengan pemakaian kaca mata khas dan bukannya menggunakan pandangan mata secara semula jadi untuk tempoh yang lama di dalam pawagam.
Ebert berkata lagi, mengikut kajian Dr Michael Rosenberg, profesor dari Northwestern University, visual 3-D boleh menambah tekanan kepada mental seseorang dan menyebabkan mereka mudah mendapat sakit kepala. Seorang lagi pakar ophthalmologi dan neurologi dari University of Rochester Medical Center, Dr Deborah Friedman berhujah, dalam pandangan normal, setiap sebelah mata kita akan melihat objek dari sudut berbeza. Katanya, apabila isyarat itu sampai ke otak, ia dengan sendirinya mewujudkan persepsi kedalaman (depth) secara semula jadi.
Namun perkara ini tidak berlaku apabila kita menonton filem 3-D, malah dalam satu kajian dan laporan, 15 peratus penonton mengakui mengalami sakit kepala dan tekanan pada mata sewaktu menonton filem 3-D. Kesan lain yang dicoretkan, filem 3-D lebih malap kerana kaca mata khas itu menyerap cahaya. Bagi saya inilah kesan buruk baiknya sesuatu teknologi kerana setiap satu benda dan perkara ada 'nilai harganya'. Kebimbangan Barat juga makin bertambah apabila set TV 3-D pula kini diperkenalkan di Las Vegas, baru-baru ini yang memungkinkan beberapa kesan sampingan.
Mungkin menyedari tidak semua selesa menonton filem 3-D di pawagam sekarang, pembikin juga menyediakan pilihan kepada penonton. Kalau yang suka bayar lebih untuk 3-D, dipersilakan masuk dan bagi yang rimas memakai kaca mata khas, beli saja tiket yang biasa. 


sumber : roslenmetro@yahoo.com
Categories: Fun Things




Tiada ulasan:

Catat Ulasan